You are here: Home » Antarabangsa , Featured » PM Turki Melawat Rakyat Somalia
PM Turki, Recep Tayyip Erdogan tiba di Somalia pada Jumaat minggu lalu dengan membawa lebih banyak bantuan dan menarik perhatian antarabangsa terhadap bencana kelaparan yang melanda negara Afrika itu.
Erdogan yang didampingi isterinya, dan para pemimpin kerajaan Somalia juga melakukan lawatan sehari di Mogadishu. Rombongan Erdogan mengunjungi kem-kem pelarian dan hospital di ibukota Mogadishu, serta menyampaikan bantuan secara langsung kepada para mangsa kelaparan.
Memetik ucapan Presiden Somalia Sheikh Sharif Shekih Ahmed dalam akhbar Hurriyet mengatakan, kunjungan PM Erdogan ke Somalia merupakan "tujuan lawatan baik yang amat bersejarah".
Negara-negara Muslim telah menjanjikan bantuan 350 juta dolar kepada Somalia yang dilanda kemarau melampau dan daerah yang lebih luas di negara Afrika.
Category: Antarabangsa , Featured







POST COMMENT
0 comments:
Post a Comment